Saturday 4 June 2011

mesirku...

Amat teruja semasa kami berada di Mesir penghujung tahun lepas... 14 Disember -10 Januari itu sudah cukup untuk membuat kami sangat merindui Mesir hingga hari ini. 

Sebaik saja keluar dari mulut pesawat Kuwait Airways, angin dingin itu menyambut kami. 'Ahlan wa Sahlan',seolah-olah itu mesej yang dibawa. Ketenangan, kedamaian dan kesejukan itu dinikmati dengan sangat teruja (maklumla, 1st time sampai bumi 4 musim... gila sejuk....)

'Ya Allah...Segala Puji hanya untuk Mu, x sangka akhirnya aku sampai ke bumi Anbia ini,' hati bermonolog mengucap kesyukuran. rasa nak nangis pon ada.

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam masa yang singkat semasa keberadaan kami di sana. namun bukan itu yang hendak ku ceritakan di sini..

2 minggu selepas kami kembali ke tanah air, satu perkara yang tidak di sangka-sangka telah berlaku. REVOLUSI RAKYAT MESIR. Aku begitu terkejut!! melihat ribuan malah jutaan rakyat Mesir berkumpul di seluruh negara itu dengan satu suara 'الشعب!! يريد!! إسقاط النظام!!ا' 'RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN PEMERINTAHAN!!' 

Walaupun x sampai sebulan kmi di sana, namun kami seolah-olah mengerti penderitaan rakyat Mesir. keadaan bandar Kaherah yang sangat sesak, taraf hidup yang sgt rendah, pengangguran, dan berbagai lg. Kaherah lebih kurang Kuala Lumpur n Selangor keluasannya. Kuala Lumpur n Selangor penduduknya lebih kurg 4 juta org.. Namun dalam keluasan yang lebih kurang sama, di Kaherah sahaja penduduknya melebihi 20JUTA!!!...

kesesakan lalu lintas di mana2.... klu rajen bukak la tingkap kreta time sesak tu... sebab akan ada orang akan menghampiri kenderaan kita sambil menjual tisu, makanan, manisan dan sebagainya..

Setelah Revolusi berakhir dan Husni Mubarak meletak jawatan, kami semua tertanya-tanya bagaimana Mesir sekarang?? macam mana tempat2 yang kami selalu pergi dulu?? Attabah, Hussen, Cairo University...

Kata mereka (rakyat mesir), negara ini belum tentu aman dan selamatnya. Ketiadaan seorang pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara memungkinkan apa sahaja yang tidak dijangka boleh berlaku.

Namun, wajah Mesir hari ini ada sedikit perubahan. Jelasnya, perubahan itu turut menggembirakan aku yang hanya sekadar 'duduk menumpang sementara' di Bumi Anbiya ini. 

'Ya Allah..Lindungi saudara-saudaraku di sini..
Moga mereka mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang diimpi-impikan dengan izinMu jua..Amin..Ya Rabb!!!

Semoga pilihanraya yang akan datang memberi peluang untuk Mesir memulakan semula hidupnya.. Buat sahabat-sahabat yang telah dan akan sampai ke perlembahan Nil ini..Ayuh! Kita juga perlu ada semangat itu! Selamat berjuang!

Ya Allah selamatkan Mesir.

Poster ini dilekat pada satu sudut di Kuliah Banat( Mahasiswi).
Mengenang mereka yang syahid dalam peristiwa Revolusi 25 Januari.
Hampir kesemuanya merupakan golongan pemuda!

Bendera gergasi Mesir yang dapat dilihat pada bangunan kuliah Mahasiswi Al Azhar

inilah kemahuan rakyat mesir... PERUBAHAN..

Billboard dengan kata-kata semangat dan patriotik!
'Ayuh!Kita bina negara kita!

'Ayuh! Setiap dari kita bina semula Mesir kita!'
Hampir menangis melihat button Restart sedang diklik

'Kekuatan kita bukan terletak pada kesatuan nombor, Kekuatan kita terletak
bilamana kita bersatu!'

Sangat teruja melihat 'pokok-pokok Mesir'


credit to wardatul asfar atas foto anda..

Monday 23 May 2011

10 Fakta Cinta!!


1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana is sudah ketentuan.

4.Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.

5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.

10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa,haruslah memastikan yg cinta kita tuh biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esa !!

amacam?? agak2 kamek bleh jd dr love?? haha!!! ni hanya sedikit perkongsian.. papepon, (فازفر بذات الدين تربت يداك) pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat... wallahua'lam..

Friday 20 May 2011

selamat datang wahai daku!!!

wink!!... selamat datang wahai daku...

* * * * *
hahaha tak malu kan.... org ade blog, aku pon nak jugek.... wlupun terkedek-kedek... aku mula menceburi bidang ini.... setelah beberapa hari mencuba... akhirnya dpt jugak hasilkan blog ni... so ape yg aku nak post ek?? jap.. haaa bek ak cite pengalaman ak time balik rumah dr tempat ak blaja....

* * * * *
15 mei 2011.

8.00 pagi- bru bgn tido. haha awal lewat nye la. ropenye Mr Roomate lg lmbt bgn... so sempat lg bkak youtube,  tgk sang pencerah... padahal brg x abes kemas lg.



sejam lebih gak la nak abiskan 8 part ni.. best jugak. pasal kyai ahmad dahlan, pengasas madrasah muhammadiyah.

9.30pagi- aku mula gelabah. terus kejot Mr Roomate mintak tolong kemas barang. Mr Roomate yang ak maksudkan adalah dia [link] dia dan ak pon bertungkus lumus mengemas... angkat kotak, beg n kitab2 yg ada. tq to en mohd farid sbb sudi tompangkan bilik utk letak barang time cuti ni... bkn pendek, 4 bulan woo..

11.30pagi-dah selesai mandi, aku mula pergi ke beberapa bilik rakan utk ucap slamat tggl... setelah itu ak n Mr Roomate bergegas ke kl sentral, sampai di sana, ak tros naek bas air asia utk ke LCCT... Mr Roomate hantar takat pintu bas je... pas tu katenye nak ke MJ...

1.30ptg-alhamdulillah, dah sampei epot... ak trus ke billboard departure board, ak tgk ak pnye flight, kna cek in kat 'kiosk'.. ini bkn bnda baru bg ak.. so, ak trus ke kiosk, kemudian ke kaunter R8 utk drop baggage . sampai je turn ak, ak trus angkat 2 beg sorong ak... alangkah terkejutnye ak ble tgk beratnye.. 38 kg.. mak aih, ak bwk ape je.. terus Cik Kaunter tu ckp 'lebih 8 kilo ni dik, 1 kilo kna byr rm30'. wat de fun!! bapak mahal wei!!. ak pon mengundur 1 beg, then buat operasi pembedahan.

                                                                    xde kna mengena ye..

bepeluh gak ak bedah beg tu.. akhirnya sampai gak 16 kilo... seb baek Cik Kaunter tu baik... so ak trus g jumpa ek apai yg sedia menunggu ku... beliau dtg utk mintak software power director n ulead studio. di samping itu beliau blanja ak spageti.. alhamdulillah, terubat gak tekak lapar ak hehehehe.

4.00ptg-ak bergegas masok dalam... smpai kat imigresen cek, Puan guard suruh keluarkan laptop, maka kantoi la seluar n bju yg ak letak dlm beg laptop akibat dr proses bedah beg td... dr jauh ak tgk org tgh berbaris b barisan belum bergerak. maka ak trus menjapai bakul, menyambar beberapa bandul roti gardenia. (lepas gak hajat mak ak) dlm plane, sit ak no 5f, tepi tingkap.. yuhuu...


           klu mcm ni, mesti ak x tido dlm flight... hahahaha

6.30ptg-sampai di lapangan terbang antarabangsa kuching, ak di sambut oleh Cik Adik.. manakala Pak Ayah n Mak Emak tggu d kereta... sblum balik umah, kmi singgah mkn dlu... huhu bg ak, itu adalah hari yang sangat panjang... seb baik smuanya slamat...

ok, ni story pertama ak... agak2 pas ni nak selang seli ngan entry berbentuk ilmiah... tgk la cm ne ye... doakan ak agar istiqamah menulis blog ni ye.... wassalam...